creatiOn of life

Friday, September 3, 2010

skater 1

Denya!! esok game on okeh. Kau jangan lupa pulak budak... kata Frank. Namun denya tak dengar pun apa yang Frank cakap. Buat masa sekarang ini Denya lebih berminat dengan blog budak laki yang dikenali sebagai boy @ adyien.blogspot.com, satu blog yang tak pernah Denya lupa buka untuk sehari. Denya sendiri tak tahu kenapa dan apa yang menarik dalam blog itu. Blog yang mengisahkan tentang hidup lelaki yang dikenali sebagai boy. Boy insan yang terlalu fanatik dengan sukan skateboarding. Hampir setiap hari bermain skate. Blog ini juga mengubah tanggap Denya tentang dunia skater. Tak pernah terlupa sehari pon sejak Denya terjumpa blog boy ini. Denya menjumpai Url blog boy pon sebab terselit dalam buku yang dipinjam di library 2 tahun yang lepas. Sejak itu Denya tak pernah lupa untuk membuka blog tersebut bahkan setiap entri dalam blog tersebut diteliti olehnya. terlalu fanatik dengan blog boy itu lah Denya sekarang punya blog sendiri. Bagi deyna lelaki yang dikenali melalui nama boy terlalu unik melalui luahan hati yang ditulis dalam blog.

Denya!!!! kau dengar tak apa ku cakap ni ? Frank yang geram dengan Denya yang tak mendengar apa yang dia cakapkan. Francisca atau dikenali Frank adalah teman baik Denya sejak lahir. Saling mengenali antara satu sama lain dan membesar bersama dan tinggal di kawasan yang sama membuatkan mereka umpama kembar tak seiras. Frank yang agak keras diluar tapi tak siapa tahu kelembutan hatinya. Denya sangat memahami Frank luar dalam. Bak kata member yang lain tak da Denya Frank tak boleh bernafas begitu juga sebaliknya.

Sorry Frank, kau cakap apa tadi? aku tak dengar la. aku layap dengan blog boy ne. Frank tau apa yang Denya maksudkan.

kau ni tak habis-habis dengan blog mamat skater tu. kalau ko jatuh cinta dengan mamat tu baru padan muka ko. aku cakap game esok on tak? ko ni.. benda penting pon ko boleh buat bodo kat aku. ne aku nak bengang ni. aku pon tak faham kenapa ko duk hadap blog mamat skater tu. nak kata ko belajar skill skate, tak juga sebab ko memang dah boleh kate masyuk dalam skater ni. apa entri mamat tu kali ni den? aku nak tau gak.. hehehe *tersengih-sengih menghadap denya yang dipanggil dengan nama den oleh frank.

tu lah kau. asyik nak buli aku jer kerja. diam-diam ko minat gak nak tau apa entri dia kan? huh! apa punya kawan la lu ni bro. balas denya yang tak mahu kalah.

alah ko bagi tau jelah apa boyfriend ko tulis dalam blog die. nak gak tau sebok..

tak der apa... boy cuma tulis yang dia tak tau nak sambung study apa sebab hari inikan result spm kuar dan result dia tak hancur pun macam yang cikgu dia cakap. he get ar excellent in spm result. sape cakap budak nakal tak boleh maju? tengok cam boy ini, dia siap tanya lagi pendapat orang ni nak ambik art design or sains computer lagi ini. aku ingat la frank mesti dia ni baik sebenarnya cuma dia dianggap nakal sebab main skate jer kot. macam kite ni, orang mane nak usha-usha kite dua. hari-hari berboyfriend dengan skate laki pon takut nak dekat sebab ingat kite ini categorize budak rosak. tak suka la aku dengan tanggapan orang awam.

kalau bab tanggapan awam tu aku tak boleh terima tapi nak buat macam mane dah memang hakikat. orang akan pandang serong punye kalo tegok perempuan bawa skateboard dan jalan dengan lelaki. haha.. aku rasa lawak la bro, boleh pula budak boy ini dapat result yang excellent dalam spm dia. bravo la bro. aku rasa macam nak jatuh cinta jer dengan budak boy ni.. hahaa

wow bro.. better u shut up!! kenyataan kau tu merobek hatiku la frank. kalo ko nak ko pergi la kat c buntal tu ha.. die kan tengah tunggu ko tu. terror main skate juga tu. hehe

amboi ko Den, tak sayang skate ker bro? nak aku patahkan ko punyer skate ke minah? dengan muka yang cuak frank berlalu meninggalkan denya dengan blogger die.

memang dah rutin dia orang akan bergaduh. tak pernah dalam sehari dia orang tak bertingah pendapat namun itu tak merosakkan persahabatan yang terbina sejak kecik lagi.

denya yang dalam diam ternyata menyukai lelaki blog itu tanpa pengetahuan frank, die tau seandainya denya cakap dia menyukai "boy" itu mesti frank akan mempertikaikan sebab lelaki itu hanya dia tahu melalui blog dan tak pernah kenal rupa tau chat dengan lelaki itu. memang kenyataan yang menyakitkan hati namun harus denya akui. sememangnya lelaki itu muncul dalam blog jer dan tak akan berada dalam dunia kenyataan.

No comments:

Post a Comment